Sabtu, 22 Jun 2013

Saya Budak Baru Belajar

assalamualaikum..

First skali nak mintak maaf sbb blog Far masih lagi dalam proses penambahbaikan..^^
Masih belajar macam mana nak buat blog Far cantik...

hmmm...nak cakap apa lagi ehh...

Baiklah.buat masa skrg mungkin x de ubah apa2lagi sbb sibuk nak study..nie belum lagi ada assigment ..lagi sibuk nnt

#nie update pun sbb esok cuti+ x de aktiviti ..

Kesatria Kembara

Assalamualaikum

Okey baru kejap tdi blk dr Kesatria..Uihh pening la.bukan pening nak pitam pening sbb step dia lain..= = "
Apa itu Kesatria??..Kesatria tu macam badan beruniform macam kat sek la jugak.
kesatria wajib untuk sume student part 1 diploma uitm..untuk 1 sem je^^
Kalau masuk selain tu sampai 3 Semester.



Far masuk Kesatria Kembara^_^*berkembaralah keme nie nnt
okey,berbalik dkt cerita asal....
Seriously waktu cikgu bagitau macam mana nak kawad boleh la dpt..
Tapi bila buat tu dah tersilap pulak..Yelah selalo kawad versi Kadet Polis Punya..=="

#love kadet polis RPS ^^
 
 
 
 
Nie gambar terbaru..
 waktu sukan.

Bila cikgu bagi command pulak..aduh pening2*sbb x pernah dengar..
selalu kalau versi Kadet polis punya*yg pusing2 punyalah lah..
  • menghadap ke knn..knn sing.
  • menghadap ke blkg..knn sing.
  • menghadap ke hadapan..blkg sing.
*baiklah..itu adalah antara beberapa je kalau yg lain pandai-pandai lah kan

td waktu kawad mmg t'confuse.mmg habis berterabur la..
Tapikan rasa malulah pulak sbb mcm buat beriya sangat..org lain x hentak kaki kuat far sorang je yg hentak kaki kuat...aduihh..Maluu..
#x leh buang la sbb dah biasa kan..bila x buat dah..bbrp minit kemudian buat balik...
It's okey la bukan ada pertandingan kaawad pown kan..

#STUDY COME FIRST^^

Ahad, 9 Jun 2013

Minggu MDS Uitm Arau Perlis 2013

Assalamualaikum to all reader..

Firstly mintak maaf sesangat sbb dah lama x update blog..yelah sepanjang minggu nie ada MDS..*MDS??~Minggu Destini Siswa-nie macam orentasilah tapi kenalah upgred la siket namanya ^^

Hariku bermula*chewah macam nak buat karangan pulak..

1 Jun 2013
Okey tetiba pagi tu kena ubah plan pulak..bertolak petang tu jugak..kalau diikutkan plan dulu pegi esoknya tapi x pe la x la rasa letih sangat kan.Dalam pukul 2 bertolak dari kuale san sampai sana dlm pukul 7*tidur dekat changlun,kedah~#banyak kali tersesat nie semata-mata nak cari homestay haha^^

2 jun 2013
Pagi-pagi dah kena bangun yelah nak cepat sampai nnt ramai pulak orang kan..Dari changlun ke uitm Perlis adalah dalam 20-25 minit je.bila sampai kat pondok Pak Guard adalah org bagi kunci,kertas untuk letak kat depan kereta dgn kad keras untuk diisi-nie untuk kolej.Maka bermulalah operasi mencari-dapat blok Dahlia 1..*ok sebenarnya dah research siap2-nun hujung sangat tempatnya ==" .La ingatkan lamalah daftarnya rupanya kejap je-->masuk bilik-->kemas baju-->hantar laporan perubatan tu je*cadar dengan bantal kan kena beli sendiri kan,rasanya baik beli siap2 sebelum datang sini.. lepas tu ikut sukahatilah nak jalan-jalan asalkan sebelum pukul 4 balik..*pegi Padang Besar^^ It's time 4 Shopping shopping..
OK pakaian kena pakai waktu malam tu baju kurung+tudung Putih*ada cara jugak nak pakai tudung-->jangan berselempang kena pakai 3 pin~atas,tengah dan bawah ye.bagi yang pakai tudung labuh boleh berselempang

+stoking+kasut bertutup*sukahatilah nak pakai warna apa asalkan bertutup  dan...pakai kain dalam ye wajib untuk pelajar siswi
Malamnya bermulalah MDS-dengar ceramah timbalan rector

3-7 jun 2013
bermulalah banyak ceramah/taklimat*bosan..tapi kena dengar jugak sbb penting..bukan sepanjang masa ceramah adalah jugak aktiviti yang lain.okey pendaftaran utama baru buat hari selasa haritu..katanya nnt kalau buat hari ahd tu mesti x siap2 lagi..Abang OC & akak OC semua baik-baik walau kadang-kadang adalah mereka marah-marah*bukan senang ye nak jaga junior2 nie+ramai pulak tu=nasib thn lepas pernah rasa macam mana nak hendle budak2 form 1 ~okey*memahami kesusahan..^^
Hari Khamis Pagitu ada Majlis Perasmian-seluruh uitm cawangan buat-->buat Aku janji*secara rasminya dah jadi budak uitm..Pakaian?kalau uitm perlis pakai kasut bertutup+stoking warna kulit+kain hitam+baju putih+tudung hitam+anak tudung kena pakai ye#=="penat banyak bawak baju tu paadahal pakai sekali je..Kalau Petang-petang gitu adalah aktiviti riadahnya~round2 kampus*PENAT besar sangat itupun x habis explore lagi..==".Cuaca kat Arau~~Uihh panas terik-kalau sesaper yang dapat sini kena bawak payung la ye..
Malam tu ada program bersama Tokoh..guess what FIZO OMAR datang....dia ex-student kat sini ^^ rasa mcam x caye...wahhh..

Esok ada Ujian Diagnostik Matematik*alamak..okey dah lupa dah math+ Add Math...huhu waktu buat tu hentamje la mana yang ingat tu buatlah..Malam tu majlis penutup..  :'( sedih la pulak sbb nnt x dapat la jumpa OC dah sume dah sibuk hari isnin..Esok!! hah? dah ada kuliah..==" 

Terima kasih OC-0C sebab layan karenah kami ye..

#maaf x de gambar sbb x boleh main handset sepanjang minggu nie jadi x de la ambil gambar

Sabtu, 1 Jun 2013

Mata Berkedip-kedip

Assalamualaikum
tu dia gambar mata*tak suka hafal psl mata-waktu form 2 @ 3 sains = ="
 
Baru2 nie mama ngadu katanye mata die berkedip-kedip je.Katanya mungkin petanda x baik...
Bila dengar tu rasa takut pulak jadi baru nie search la En.Goole.

kalo gini kan best..^^ #confirm 100% dapat jawab Huhu


Banyak jugak info.Tapi takot pulak apa yg dibaca & dipercayai akan b'tentangan dgn agama.
So konklusinya bukak la laman web Iluvislam.boleh baca SINI

Dari segi saintifiknya, pergerakan hujung mata tu dipanggil "fasciculation". Ia bermaksud pergerakan luar kawalan beberapa fiber otot tertentu atau otot kelopak mata. "Pergerakan" itu biasanya dalam bentuk denyutan, dan tak semestinya terjadi pada mata sahaja. Mungkin di antara kita pernah merasai, sama ada di kelopak mata, mahupun di pipi, di ekor mulut, kening dsb. Ini kerana secara biasanya, keadaan ini bukanlah keadaan yang berpenyakit serius. Keadaan ini dinamakan "benign fasciculation syndrome" Antara penyebab yang paling utama: - Kekurangan vitamin dan mineral, terutamanya Magnesium. - Kekurangan air dalam badan (dehydration) - Kepenatan melampau (exhaustion) - Bahan makanan (caffeine di dalam kopi) - Bahan kimia di tempat kerja (benzene, baja organic dll) - Ubat-ubatan tertentu (inhaler asma, dll) Pun begitu, sekiranya keadaan ini benar-benar mengganggu dan/atau diiringi oleh simtom-simtom lain seperti sakit, kebas dsb, adalah sangat disyorkan untuk berjumpa doktor atau doktor pakar. Pakar yang boleh membantu dalam situasi ini adalah pakar neurologi. Berkenaan dari sudut Islam, tidaklah mengesahkan mahupun menafikan, ada atau tidak ada kaitan dengan perkara buruk dan sebagainya. Pun begitu, suka saya memetik sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
 
ثلاث لازمات لأمتي : الطيرة ، والحسد ، وسوء الظن " . فقال رجل : ما يذهبهن يا رسول الله ! ممن هو فيه ؟ قال : " إذا حسدت
فاستغفر الله ، وإذا ظننت فلا تحقق ، وإذا تطيرت فامضه

Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" Lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?" Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)

Oleh itu anda hendaklah meningkatkan sumber Magnesium sama ada berbentuk vitamin/supplement tambahan mahupun makan lebih banyak sayuran hijau. Juga dinasihatkan agar menjauhi rokok dan kopi, atau bahan-bahan yang dirasakan mungkin menjadi penyebab. Elakkan dari menjadi terlalu penat, secara fizikal mahupun mental, dan amalkan minum banyak air.

Satu lagi keadaan dipanggil  Tics, ia melibatkan keseluruhan otot yang berkaitan. Fasciculation pula, hanya melibatkan beberapa fiber sahaja dari keseluruhan otot tersebut. Contohnya, otot kelopak mata. Jika mata berkedip2 (blinking), itu kita panggil tics. Kerana ia melibatkan keseluruhan otot kelopak mata (levator palpebrae m) Manakala kalau hanya melibatkan hujung kelopak mata, atau lebih tepat kita sebut sebagai "berdenyut-denyut", itu adalah fasciculations. Walaubagaimanapun, dari segi klinikalnya, rasa takde beza sangat kot. Especially untuk laymen. Huhu. Tak kisahlah tics atau fasciculations, jikalau mengganggu sangat atau diiringi dengan tanda2 lain seperti sakit, kebas dsb, sila rujuk doktor ye.

#okey hanya copy n paste*untuk org yg malas nak tekan..huhu          

Okey Think positive farah JGN FIKIR BUKAN2