Assalamualaikum
tu dia gambar mata*tak suka hafal psl mata-waktu form 2 @ 3 sains = ="
Baru2 nie mama ngadu katanye mata die berkedip-kedip je.Katanya mungkin petanda x baik...
Bila dengar tu rasa takut pulak jadi baru nie search la En.Goole.
kalo gini kan best..^^ #confirm 100% dapat jawab Huhu
Banyak jugak info.Tapi takot pulak apa yg dibaca & dipercayai akan b'tentangan dgn agama.
So konklusinya bukak la laman web Iluvislam.boleh baca
SINI
Dari segi saintifiknya, pergerakan hujung mata tu dipanggil "fasciculation". Ia bermaksud pergerakan luar kawalan beberapa fiber otot tertentu atau otot kelopak mata. "Pergerakan" itu biasanya dalam bentuk denyutan, dan tak semestinya terjadi pada mata sahaja. Mungkin di antara kita pernah merasai, sama ada di kelopak mata, mahupun di pipi, di ekor mulut, kening dsb. Ini kerana secara biasanya, keadaan ini bukanlah keadaan yang berpenyakit serius. Keadaan ini dinamakan "benign fasciculation syndrome" Antara penyebab yang paling utama: - Kekurangan vitamin dan mineral, terutamanya Magnesium. - Kekurangan air dalam badan (dehydration) - Kepenatan melampau (exhaustion) - Bahan makanan (caffeine di dalam kopi) - Bahan kimia di tempat kerja (benzene, baja organic dll) - Ubat-ubatan tertentu (inhaler asma, dll) Pun begitu, sekiranya keadaan ini benar-benar mengganggu dan/atau diiringi oleh simtom-simtom lain seperti sakit, kebas dsb, adalah sangat disyorkan untuk berjumpa doktor atau doktor pakar. Pakar yang boleh membantu dalam situasi ini adalah pakar neurologi. Berkenaan dari sudut Islam, tidaklah mengesahkan mahupun menafikan, ada atau tidak ada kaitan dengan perkara buruk dan sebagainya. Pun begitu, suka saya memetik sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
ثلاث لازمات لأمتي : الطيرة ، والحسد ، وسوء الظن " . فقال رجل : ما يذهبهن يا رسول الله ! ممن هو فيه ؟ قال : " إذا حسدت
فاستغفر الله ، وإذا ظننت فلا تحقق ، وإذا تطيرت فامضه
Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" Lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?" Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)
Oleh itu anda hendaklah meningkatkan sumber Magnesium sama ada berbentuk vitamin/supplement tambahan mahupun makan lebih banyak sayuran hijau. Juga dinasihatkan agar menjauhi rokok dan kopi, atau bahan-bahan yang dirasakan mungkin menjadi penyebab. Elakkan dari menjadi terlalu penat, secara fizikal mahupun mental, dan amalkan minum banyak air.
Satu lagi keadaan dipanggil Tics, ia melibatkan keseluruhan otot yang berkaitan. Fasciculation pula, hanya melibatkan beberapa fiber sahaja dari keseluruhan otot tersebut. Contohnya, otot kelopak mata. Jika mata berkedip2 (blinking), itu kita panggil tics. Kerana ia melibatkan keseluruhan otot kelopak mata (levator palpebrae m) Manakala kalau hanya melibatkan hujung kelopak mata, atau lebih tepat kita sebut sebagai "berdenyut-denyut", itu adalah fasciculations. Walaubagaimanapun, dari segi klinikalnya, rasa takde beza sangat kot. Especially untuk laymen. Huhu. Tak kisahlah tics atau fasciculations, jikalau mengganggu sangat atau diiringi dengan tanda2 lain seperti sakit, kebas dsb, sila rujuk doktor ye.
#okey hanya copy n paste*
untuk org yg malas nak tekan..huhu
Okey Think positive farah JGN FIKIR BUKAN2