Sabtu, 6 Julai 2013

Mencari Sinar Hidayah

Assalamualaikum..
Coretan untuk hari ini dari dalam hati sanubariku...


Aku hanyalah seorang gadis biasa.Sentiasa alpa dengan hal duniawi sehingga kadangkala terleka dengan memikirkan hal akhirat.Dulu aku aku seorang yang jahil.Ya jahil mengenai ilmu Allah yang sangat luas.Walaupun kiranya aku kategori pelajar yg pandai namun hati ini masih lagi kosong.

Allah ada berfirman dalam Al-Quran:
“Dan Allah akan menambahi hidayah bagi orang-orang yang menurut jalan hidayah.”
(Surah Maryam 19:76)
 
Niat untuk berubah ke arah yang lebih baik masih lagi samar-samar lagi sehinggalah aku rapat dengan dua orang sahabatku.Mereka hanyalah gadis biasa namun bagiku mereka amat taat dengan perintah Allah.Mereka tidaklah sempurna namun bagi diriku iman mereka lebih tinggi dariku.Mereka tidaklah bertudung labuh namun mereka menjaga aurat dengan sempurna berbanding diriku.

Terima kasih kerana telah menyedarkanku..


Pada bulan Mei yang lalu aku akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke UiTM Perlis.Hatiku tersenyum girang kerana akhirnya aku dapt melanjutkan pelajaran walaupun dalam bidang pilihanku yang kedua.Aku bersyukur dengan apa yang telah Allah beri.

Sewaktu minggu orentasi,kami pelajar siswa dikehendaki untuk memakai stoking.Masya-Allah aku memang mahu memulakan perubahan dengan memakai stoking kaki dan hand sock cuma keinginan itu terbantut.Alhamdulillah perubahan secara beransur-ansur ini semakin menguatkan keimananku.

Sekarang aku mulai berubah sedikit demi sedikit.Insya-Allah.Aku Mula melabuhkan tudungku walaupun hanya tudung bawal.Inn Syaa Allah mungkin suatu hari nnt aku akan bertudung labuh.Amin..

 Firman Allah,yang bermaksud:
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:”Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Surah al-Ahzab ayat 59)

Pada mulanya hati ini menjadi sangsi untuk berubah namun aku cekalkan hati kerana aku mahu berubah kerana Allah.Kadangkala hati ini bekata-kata adakah aku layak untuk berubah padahal imanku masih sedikit.Kadangkala hati ini risau.Ya Risau apa persepsi masyarakat sekiranya bertudung labuh.

“(Mereka berdoa dengan berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”(Surah ali-Imran ayat 8)

Ya Allah,Sesungguhnya aku malu terhadapmu,malu kerana terlalu banyak dosa yang telah dilakukan olehku.Ya Allah, bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan. Bantulah aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang islam. Bantulah aku ya Rahman.

Aku merenung melihat kebesaran Allah.Ya-Allah betapa kerdilnya diri ini.Ya-Allah engkau tetapkanlah hatiku ini dalam keimanan.Engkau lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkalMu.

''Jangan ditanya kenapa aku berubah, tetapi tanyakanlah pada diri mengapa kita perlu berubah". Manusia akan berubah bila–bila masa saja dan mereka berubah kerana untuk mendapat redha Allah. Apabila seseorang itu ingin berubah, berilah semangat kepada mereka.

#Aku bukan seorang muslimah yang baik,namun aku ingin menjadi yang terbaik

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan